Sunday, November 30, 2008

janji si cacat rasa!

Aku sanggup mati!,jika kau bunuh diri...!, janji dia aku ingat lagi, tiap bait kata dan cara nada diucapnya tidak akan hilang dalam kotak fikiran aku,tidak akan!,

...nyata aku telah di perbodohkan oleh janji kosong si cacat rasa, setelah sekian aku dan dia mengenal erti hati dan hidup yang serba kosong. Mencuba untuk mengisi sesempurna mungkin, mencuba hidup dalam erti kata lain,mencuba CINTA!. Dia masih belum akur akan cinta sebenarnya, tentang betapalah aku sebenarnya maha bermakna di dalam tiap pengisian pengorbanan yang telah ada,cuma. Diantaranya juga, dia telah merasa bosan dan tidak puas dengan hati sendiri yang dijilat hawa nafsu mengejar dunia dan fantasi murahan. Dia hanyut sekali lagi dengan sadis sekali. Dan aku telah bernanah luka awalnya seperti dirobek kembali dengan rasa yang paling kejam!!!. Aku seperti mahu mati, aku lari dari tiap apa yang boleh di sebut maaf. aku telah di baham oleh rasa sendiri yang hanyalah aku akui betapalah ikhlas semuanya sebelum aku belajar tentang pengertian curang yang tak mampu aku jelaskan disini. Semua yang ada telah terbang jauh dari aku genggam. Tiap janji manis si cacat rasa telah aku pijak biar, seperti yang aku mahu dia tahu itulah apa yang aku rasa setelah aku tahu si cacat rasa telah menghiris percayaku,menjerit...”aku mahu kau kembali!!!”...pergi mampus!!!!,jawabku puas,tersenyum dengan kemenangan berdarah...

291108 1145am
Gila!,hanya tinggal beberapa minit lagi untuk adam kembali memujuk hati hawa, menyatakan yang dia benar-benar mengerti akan apa yang hawa dambakan saat itu. Semuanya berputar pada satu titik yang bercelaru dan terlalu-lalu jauh dari apa yang disangka akan terjadi. Sekian hawa telah membawa hatinya jauh pergi mencuba hidup didalam ruang nya yang tersendiri. Mencuba untuk bernafas pada tiapa apa yang di namakan sebagai pendewasaan,mungkin!.

Apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh adam tidak selalu sampai pada hawa sejak akhir-akhir ini, semuanya seakan hanya sengaja menghukum adam yang masih kebingungan kerana pernah ditinggalkan-curang!-. apa mungkin adam akan bertahan selama itu jika hatinya tidak percaya,masih percaya sisa yang hawa adalah miliknya untuk depannya. Tapi apa yang adam dapati hanya kekosongan semata dan perjuangan cinta dengan busar panahnya yang semakin tumpul!. Cintakah lagi hawa pada adam?,mungkin itu persoalan yang besar sekarang,namun apa yang paling besar sekarang adalah....
CINTAKAH LAGI ADAM PADA HAWA???.....

Tidak lagi,adam tidak lagi memujuk hawa seperti selalunya,bukan apa,kerna adam tahu hawa tidak akan pernah berubah...belum lagi

“TEMANKU,KEKASIHKU...SYURGAKU” kata hawa...


yang tersentuh,tidak akan pernah terasa!

Melalui semua ini, benar-benar mengajar aku tentang betapa teguh erti setia dari seorang dia yang ingin aku kenal hatinya. Aku dan dia, pernah dulu, lama dulu mengikrar makna hubungan yang melebihi dari sekadar sahabat. Namun atas dasar yang bukan apa-apa kami telah terpisah dalam beberapa tahun, hinggalah pada waktu sebelum aku menulis entri ini, dimana kami telah disengajakan oleh tuhan untuk berjumpa sekali lagi untuk aku memaknakan sekali arti dengan dia yang ingin aku anggap kekasih. Namun, semuanya telah terlambat,kerana dia telah larut didalam makna cinta yang telah ada antara dia dan seseorang yang lain. Itu kisah yang lain dan tragis kerna apa?,mereka sebenarnya telah terpisah dan si lelaki telah mencinta seorang perempuan yang juga telah menjadi isterinya!. Berbulan lamanya,semuanya telah berlaku dengan tidak adil untuk dia,dia mati hati,hilang kawalan dan bentuk yang nyata,tidak berpijak dan larut didalam kecewa yang maha siksa!. Dan diantara itulah aku telah bertemu kembali dengannya. Setelah apa yang aku pernah beri pada si curang kekasih aku dulu,aku seret mencuba mencari lagi makna kasih sayang yang ingin aku kongsi sekali ini dengan dia!. Semua, pada mulanya seakan berpihak pada aku, aku cuba untuk mendekati setiap isi dan memahami tiap penjuru kisah yang pernah berbekas di hati kecilnya. Aku dan dia ini, seperti apa yang aku inginkan waktu itu. Hinggalah, pada suatu waktu yang tidak mampu bendung lagi perasaan, telah aku nyatakan padanya, niat awal asal mengapa aku ingin mendekatinya. Dia diam sejenak, berfikir dan dengan nada hening berkata dia,” beri aku masa...”, aku tidak akan pernah memaksa dia untuk menyata YA, kerna aku tahu aku pasti di tolak. Tapi apa yang paling penting ketika ini, aku telah menyatakan apa yang harus aku katakan, dan jauh di hati dalam aku berharap dia akan menerima aku sekali ini. Waktu pantas berlalu, dan dalam tiap saat,minit dan jam aku telah bersama dengan nya. Meniti tiap persoalan,dan mengharung dugaan juga mendapati tiap jawapan dalam hidup yang sekadar ini. Hinggalah pada suatu ketika yang lain, aku merasa dia akan memberikan jawapan pada aku tentang apa yang pernah terucap antara kami sebulan yang lepas. Satu malam itu, aku genggam erat jemarinya menarik nafas dalam bertanya soalan sama yang pernah dulu aku pendam. Dan jawapan yang aku terima,”YA!”, aku merasakan suatu aura luarbiasa telah menarik sedarku terbang sebentar, aku senyum, dia berpaling dan sempat aku lihat wajahnya yang sinar itu, hanya diam selepas itu dan sempat aku bertanya pada diri,”untuk apa berpaling dari aku, apakah ini semua kerna terpaksa?...”, aku buntu dan mencuba waras, selepas itu aku mencuba untuk melalui tiap yang harus seperti biasa, jam terus berlalu dan hari telah berganti. Di hari keduanya, aku dan dia telah diduga tuhan, sengaja untuk melihat juga merenung kedalam diri yang tidak akan pernah sempurna. Aku telah melakukan kesilapan yang paling bodoh sekali,dia terkilan dan kami kelu tidak bersuara. Aku telah mengembalikan memori hitam dia dengan kekasihnya yang dulu. Dia menangis kesal!, aku buntu dan mencuba bersuara berharap dia menerima ianya sebagai sebuah kekurangan yang ada pada aku. Dia mencuba redha dan bersuara pada suatu petang itu, kami berbicara dengan dewasanya tentang arti cinta. Dan akhirnya dia mengaku, dia tidak mampu menipu aku,sedang kan hatinya masih teguh seti dengan kekasihnya dulu. Aku mencuba redha, dan betapalah aku merasa tidak adil untuk semua ini. Namun terpaksa aku terima atas dasar hormat dan mencuba menganggap dia sekadar sahabat cuma!. Percaya atau tidak?, kami hanya menjadi sepasang kekasih dalam tempoh 25 jam!. Pedih untuk aku terima, dan sekali lagi aku tekan kan aku tidak akan memaksa, tidak sekali!. Selepas ini kami tetap seperti biasa, kembali normal walau ada segaris luka pada hati aku,dan aku mengerti apa yang pernah terjadi antara dia dan kekasih dia yang dulu maha bermakna dan si dia ini tetap setia,percaya mungkin suatu hari nanti mereka akan kembali, tapi bukan waktu ini.

Antara aku dan dia, yang tersentuh itu tidak terasa!, tidak akan...sakit bukan?
26/11/2008 08:33:50