Thursday, September 30, 2010

pagi yang melankolik!

kalau lah aku mampu hamburkan perasaan depan kamu,aku pasti ianya akan berselirat!,menjadi bentuk yang sama nyata aku sendiri tidak pasti. edar masa dan ketika telah menjadikan aku seperti tidak berpunca,tergantung pada titik mula yang sangat-sangat kompleks!.aku jadi sangat-sangat keliru dan tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. aku sangat tidak pasti!. kalau pun,aku mampu untuk mengubah segala apa yang telah terjadi ini menjadi sesuatu yang benar-benar bermakna,namun adakah segala ianya perlu untuk aku lihat seperti sedia ini. tidak tahu!,jawapan itu yang terlegar di ruang fikir aku kini.
pagi tadi,aku dihambat oleh sebuah cerita yang sendiri aku takut untuk terlalu bicarakan.aku kaget!,penuh tidak tahu dan bersedia lagi.namun,mampukah aku lari dari semua ini,tutup mata dan pergi dengan rasa yang harus aku rela buang???,percayakah aku dengan apa yang ada kini akan menjadi sesuatu yang mana akan aku genggam sampai bila-bila???,entah,aku perlu petunjuk,dan sememangnya aku mengaku aku terlalu jahil untuk tidak sedar petunjuk itu telah di tujal-tujal keras di kepala aku!,sedar lah!!!

Wednesday, September 29, 2010

bukan mudah!

serius!,bukan mudah untuk jadi seorang lelaki,aku hidup(selepas ketiadaan ayah) dalam persepsi dan nilai pemikiran yang berbeza,mungkin sebab paling ketara aku seorang lelaki yang hidup dengan bonda,kakak dan adik yang mana semuanya hawa yang penuh aku cinta. tidak mudah untuk aku berkongsi tiap apa yang aku fikir,persepsi dan juga masalah.bukan ego,aku sedikit kekok kerna aku perlukan AYAH. tapi,Allah lebih sayangkan dia,dia telah pergi sewaktu aku masih di darjah satu,segala tiap yang berlaku ketika itu masih segar aku ingat jelas dalam kotak fikiran aku yang aku simpan rapi.
kesal?,aku tidak pernah kesal,namun aku bukanlah seorang yang ego untuk menidakkan RINDU pada tiap kasih sayang yang telah dia berikan pada aku. Selepas ayah pergi,bonda dihambat tanggungjawab yang tersangat besar.tapi bonda aku penuh magis!!!,di tangannya memang boleh menanggung segala tanggungjawab yang mana secara tidak langsung terpikul padanya.kerna itu aku telah terbiasa melihat dan berfikir secara logik,kata bonda,'kalau ada rezki,adalah lebih,xda,senyap je'...kata-kata itu aku pegang sampai hari ini,terima kasih bonda!,untuk kaum HAWA,benar!,kalian penuh magis!!!
aku,andenn hassan,terima kasih kerna kunjung,ini tulisan aku selepas aku baru jumpa password blog ini,jadi,aku sedikit buntu,namun aku harap sangat agar kamu terus bersama dengan aku menilai,melihat,memerhati atau mungkin mengadili sesuatu untuk kita kongsi sama.
...ya.PEREMPUAN!,ya,selepas ini,aku akan menulis tentang perempuan disini,kisah gadis,bukan gadis,janda,mak orang,kekasih orang,perempuan simpan,bini orang,yang mana lebih mudah aku terangkan disini sebagai pengalaman aku yang benar-benar yang aku atau dari penceritaan sahabat lain alami.Jangan salah ya,aku bukan anti perempuan,cuma aku ingin berkongsi tidak mampu dari percakapan aku tulis dalam bahasa aku sendiri.harap-harap sampai dan yang paling penting,faham.Dan,untuk entri pertama ini juga aku mahu kamu tahu,aku bukan penulis tegar,tidak terpelajar pun,aku menulis mengikut gerak hati. kerna,bagi aku,ini lah titik punca untuk seorang seperti aku ikhlas untuk bercerita.
...di tajuk utama,aku namakan 'CINTA BUNUH DIRI',kenapa?,aku akan tulis nanti,tunggu ya,terima kasih