Sunday, October 24, 2010

khayal dalam sedar,

ini realiti tulisan-tulisan aku sebenarnya. terlalu khayal sehingga lupa yang sebenarnya hidup perlu dimulakan dengan ruang-ruang sedar yang akan terkesan pada si pembaca seperti kamu sekarang. aku mengaku sepetang itu bersama seorang rakan duduk diskusi di sentral KL(tok wan),dia membawa faham setelah membawa tulisan seorang blogger lain di dalam dimana berbicara tentang penulis-penulis yang tidak sedar khayal dalam dunia ciptaan sendiri yang maha tidak terpijak. aku kaget,renung dan coba faham adakah aku tergolong dalam kumpulan itu?khayal kah aku?.dan jawapan yang sendirinya aku dapati adalah YA!,jadi selepas ini aku dengan kesedaran yang sangat-sangat membisik diri,hati-hati dengan diri sendiri.TULIS DALAM SEDAR DAN BERI 'SESUATU' PADA PEMBACA,seperti kamu...
terima kasih tok wan

Saturday, October 16, 2010

99

aku termengadah seorang,jauh berfikir layang
usik menjahanamkan bayang,silam
apa mungkin aku perlu,satu
merampas segala,itu
menjamah langit-langit,beku
dihujungnya cuma,aku!

disini,perlu realistika
tidak dusta,cerca
masih mampu senyum,suka
namun jiwa celaka,luka
apa hidup,siapa kamu
mengapa nafas,terpinjam ruang
sedang di hati,mati kekal

coba diam,gumam ini
walau tak tahu,pergi dan senyum
fahami terus,jumpa jawapan
cuma aku sama,kamu?

Thursday, October 14, 2010

aku tidak tahu sampai bila...

aku masih belum tahu lama mana mahu lari,jauh mana mahu pergi,seakan segala yang coba untuk aku bina semakin belum jelas,semakin sesak.diantaranya berdiri ego-ego sumbang yang mana terlalu keras untuk aku rempuh seorang diri,sakit sendiri,jauh menjauh.aku hilang dalam diri,pedih membawa rasa yang sendirinya aku semakin tidak pasti,entah sampai bila,aku tidak tahu.cuma yang termampu aku turuti segala yang terlaku dan tersedia pada titik-titik yang aku harap punya penyudah. segala nya ini adalah duga tuhan dan pusingan hidup yang mana aku leka sekejap dulu,menjadikan aku seperti seorang yang seperti mahu mati dan hidup kembali,RESET!

Monday, October 4, 2010

mahu publish dan tempelkan hati dalam frame mudah pecah!

aku akan keluarkan hati dengan hati-hati untuk di letakkan dalam frame mudah pecah kali ini,bukan apa,supaya mudah dia untuk faham mungkin segala apa ayang tersiratsurat dalam tiap cerita yang mungkin kurang faham. sebelum ini,perantara nya adalah tembok ego,namun selepas ini aku coba untuk mengikhlaskan diri seboleh mungkin,bukan apa,bila aku rasa sudah mahu pasti,segala yang ada kini akan seboleh mungkin aku jaga baik,sebaik mungkin untuk kita.

Saturday, October 2, 2010

terus terang itu sakit bukan?

aku tidak tahu mau mula dari mana,segala yang ada kini seakan sengaja merobek kejam segala yang mahu aku bina. aku kalut,seperti tidak dihargai sesedia ada.tidak,aku bukan mahu disanjung sebesar alam,namun sekecil rumput sudah aku kira hadiah dan anugerah yang paling besar!. bermakna.nyatanya,kau kata kau sudah mula percaya untuk belajar,menghargai dan mahu kekal dengan aku untuk menghadap apa yang boleh kita namakan masa depan. namun segala yang ada kini hanyalah sedikit rasa yang rasanya aku sendiri berhempas pula untuk pertahankan hingga menjadikan segala yang ada seperti tidak bermakna. tanya aku,apa yang kamu sebenarnya mahu dari aku???. aku terus terang,namun kau benam!,sakit bukan???

Friday, October 1, 2010

aku tulis sesaat dia cakap mahu PUTUS!

terus terang,aku tidak pasti apa kah ianya benar-benar berlaku sekarang???,ya,waktu ini!,dia kata mahu pergi dan tinggalkan hukuman yang paling berat untuk aku lalui pasti...rindu!,terima kasih,pijak lagi..dan pijak jangan henti,terima kasih

adrenalin?

kaku!,aku tidak faham dan mencoba untuk tidak ambil peduli.namun,semakin aku tutup mata,semakin aku tak peduli,aku terjerut oleh rasa yang sendirinya aku rasa sangat-sangat pedih untuk aku nyatakan. dia ada,tapi seperti tidak dalam erti percaya yang benar-benar ikhlas untuk kami leraikan. dia ada,tapi seperti tidak,itu saja yang mampu aku tulis kerana aku masih tidak pasti apa itu rasa yang mahu di bagi,mungkin CINTA???