Saturday, October 2, 2010

terus terang itu sakit bukan?

aku tidak tahu mau mula dari mana,segala yang ada kini seakan sengaja merobek kejam segala yang mahu aku bina. aku kalut,seperti tidak dihargai sesedia ada.tidak,aku bukan mahu disanjung sebesar alam,namun sekecil rumput sudah aku kira hadiah dan anugerah yang paling besar!. bermakna.nyatanya,kau kata kau sudah mula percaya untuk belajar,menghargai dan mahu kekal dengan aku untuk menghadap apa yang boleh kita namakan masa depan. namun segala yang ada kini hanyalah sedikit rasa yang rasanya aku sendiri berhempas pula untuk pertahankan hingga menjadikan segala yang ada seperti tidak bermakna. tanya aku,apa yang kamu sebenarnya mahu dari aku???. aku terus terang,namun kau benam!,sakit bukan???

No comments: