Saturday, October 18, 2008

virus sukma ku!

Aku ingin merubah daya graviti tulisan aku pada tiap 24 jam akan datang!,atau dengan bahasa lainnya-merubah aku-!.aku mahu berganjak dari latitud asal. aku mengaku, aku malfungsi tanpa dia sekali lagi. Litar pintas telah berlaku pada pencawang cinta . Beban arus voltan yang di tanggung telah menghanguskan sama sekali fius mentol percaya. Kaca-kaca lampu yang pecah,terhambur di tanah redha. Aku kutip meski sakit, kerna hidup mesti terus biar rongga nafas tersekat di tengah melangkah laju, sesak dengan dugaan yang satu. Aku hidup untuk Tuhan&Bonda ku!.
Minit-minit terakhir aku sudah mula merasakan kepedihan asid ego yang melebur dengan perlahan. Menghanguskan cebisan yang tertinggal setelah dia pernah pergi kerna kecurangannya. Iris ku sengaja mahu melihat ia terus berlaku dari aku terus tidak bosan menjadi hero yang mengharap menjadi nombor 1-tapi tetap kalah walau piala di tangan-. dia telah pergi dari cakrawala hati aku. Dan aku telah berlepas ke angkasa baru-menjadi sejarah dia!-…

1 comment:

IAC said...

walaupn bahasa yg d'gunakn agk sukar d fahami, tp t'nyata ia mampu m'buatkn salah satu dr pancaindera ku ttbe m'geluarkn air jernih.s'macam kisahnye de kne mgene ngn kisah aku.kalau kisah ini d'teruskn serta de pengakhiran crite yg b'sesuaian, ia mampu m'yentuh hati dan perasaan pembace..
p/s: buat c penulis, semoga bjaya..dr B@yU_anggun