Wednesday, September 29, 2010

bukan mudah!

serius!,bukan mudah untuk jadi seorang lelaki,aku hidup(selepas ketiadaan ayah) dalam persepsi dan nilai pemikiran yang berbeza,mungkin sebab paling ketara aku seorang lelaki yang hidup dengan bonda,kakak dan adik yang mana semuanya hawa yang penuh aku cinta. tidak mudah untuk aku berkongsi tiap apa yang aku fikir,persepsi dan juga masalah.bukan ego,aku sedikit kekok kerna aku perlukan AYAH. tapi,Allah lebih sayangkan dia,dia telah pergi sewaktu aku masih di darjah satu,segala tiap yang berlaku ketika itu masih segar aku ingat jelas dalam kotak fikiran aku yang aku simpan rapi.
kesal?,aku tidak pernah kesal,namun aku bukanlah seorang yang ego untuk menidakkan RINDU pada tiap kasih sayang yang telah dia berikan pada aku. Selepas ayah pergi,bonda dihambat tanggungjawab yang tersangat besar.tapi bonda aku penuh magis!!!,di tangannya memang boleh menanggung segala tanggungjawab yang mana secara tidak langsung terpikul padanya.kerna itu aku telah terbiasa melihat dan berfikir secara logik,kata bonda,'kalau ada rezki,adalah lebih,xda,senyap je'...kata-kata itu aku pegang sampai hari ini,terima kasih bonda!,untuk kaum HAWA,benar!,kalian penuh magis!!!

No comments: