Monday, August 11, 2008

16&19

Pernah…ya 19, kau pernah menyelamatkan aku dari segala apa yang boleh dikatakan sebagai kegagalan didalam hidup. Aku mencuba untuk mengerti akan perubahan yang kian hari dan waktu menolak percayaku jauh menelusup hilang keruang diri yang semakin lelah mengejar sekalipun baying-bayang harapan itu. Aku menjadi lelaki yang kalah untuk sabar 19, aku menjadi lelaki yang penuh dengan ketidakpastian yang melulu dan semua ini akan pergi perlahan-lahan seperti apa yang kau rancang awalnya. Tahniah 19, rancangan kamu tampak berjaya. Kesakitan dan kepedihan itu kian aku rasakan. Meraja disetiap kewarasan yang wujud diantara jasad dan rohku. Aku kagum dengan kamu 19, kagum kerna kamu benar-benar mampu untuk memaksa cinta itu untuk membunuh dirinya. Mati ia..dan kau pasti akan tersenyum puas, dan aku tidak akan mengalahn 19, sebenarnya, aku mahu kau sedar tiapa apa yang telah aku putuskan adalah sebuah keputusan yang bodoh, terima kasih kerna kau telah memberi aku peluang untuk hidup kembali, menjadi manusia yang akan memujuk hati kamu untuk jatuh cinta pada aku 19, aku percaya kau akan kembali pada aku, namun pada waktu itu, aku dan kamu bukan seperti apa yang aku harapkan sebelumnya, bahagialah kamu hendaknya 19, aku akan pergi, dan akan kembali disuatu hari diaturkan Tuhan untuk kamu sesali..terima kasih 19..

7/14/2008 11:23:37 PM

No comments: