Friday, August 15, 2008

"...kau selamatkanlah aku dari perangkap ini 16,aku mohon.."

….bisikan kau 19, semakin meruncing dan membingit didalam makna diri aku, semakin tak terbias dengan logik akal, aku tidak mengerti mengapa aku kerap kali menjadi orang terakhir yang akan menunggu kamu di kaki langit redha, setelah hujan darah dari langit luka-luka itu turun merintik ke bumi sabar ku. Aku tidak mngerti, mengapa aku perlu menghadap semua ini, sedangkan aku bukanlah punca utama yang menjadikan kita seperti ini, ya 19!, kau harus akui itu, aku bukan punca utama untuk kamu dan aku terpisah, semuanya adalah kesilapan kamu sendiri 19,kamu!!!. Dari awalnya kau terlalu menilai diri aku dengan tahap yang belum mampu aku kecapi, kau telah mewarnakan aku dengan warna-warna asing dan membiarkan aku mengaulnya dengan sendiri. Kau telah sengaja membiarkan aku berdikari, dan apabila aku hampir menjadi, kau telah khianati segala apa yang telah kita bina awalnya. Aku hilang warna, tak mampu lagi untuk memilih jalan pasti antara realiti dan makna sebenar hidup. Untuk apa semua ini 19?, setelah apa yang berlaku, kita ingin kembali, beberapa kali walaupun luka parah didalam diri aku belum berbekas dan masih lagi bernanah!!!. Kini kau telah terperangkap dengan permainan hati kamu sendiri, kau telah tersepit diantara kaum-kaum adam yang mengharap akan cinta kamu, dan aku pasti kamu tahu siapakah yang paling dominan sekali, mengharap cinta dari kamu setelah dia merasa kamu untuknya. Yang bisa membunuh siapa sahaja yang mendekati kamu, termasuk aku. aku ingin bertanya 19, apa perlu aku menghadap kamu lagi selepas ini, dan pastikah kamu akan setia pada aku seperti pertama kali kamu mengucap cinta pada aku. aku mungkin akan menjadi orang yang paling akhir memelukmu, namun benarkah aku akan mendapatkan kamu untuk kesekian kali, dengan total dan pasti akhirnya.
Dan jawapan dari kamu, setiap kali aku bertanya soalan ini,seperti selalunya akan berkata,”tidak tahu..”, kau tidak memberikan sesuatu untuk aku kejar 19, dan untuk apa aku bertahan, atau mungkin ruang ini sama sekali asing untuk kita berdua sekali lagi.
Tuhan, ya jawapan untuk semua ini ada padaNYA. Jika benar kamu 19, tercipta untuk aku, aku mohon kau yakinlah hati aku ini Ya-Rabbi, jika tidak, kau jauhkanlah dirinya dari aku, kerna aku takut gila merinduinya…
: End,1/7/2008 10:36 AM

No comments: