Friday, August 15, 2008

pertanyaan spontan untuk 19!

Aku(16), waktu ini benar-benar tidak pasti akan apa yang sedang kita binakan, aku menjadi keliru dan sakit didalam sangsi dan ketidakpastian yang melulu ini. Untuk apa semua ini 19?, untuk apa yang pernah kita binakan selepas kita membiarkan cinta itu sesat didalam hitam ego sendiri!. Adakah kau benar-benar mahukan aku kembali memiliki cinta kita untuk meraih arti bahagia semula. Atau semua ini hanya lakonan semata untuk mengaburi cinta agar dia melambatkan niat hitamnya untuk menikam diri sendiri, merasa selamat dan bahagia didalam kepuraan-puraan yang semakin nyata kamu 19. aku semakin lelah 19, aku lelah mengejar apa yang disebut kenyataan hidup dan pengharapan yang cuba berkali-kali aku letakkan, namun seringkali tidak kamu hargai,(walaupun kau menyatakan kau menghargai). Aku sakit begini 19…sekalipun benar kau tidak pernah untuk peduli, namun aku mohon, kau letakkanlah sedikit kewarasan itu, sedar akan keberadaan aku membawa kembali cinta yang pernah kau guris, cinta yang akan membunuh dirinya bila-bila sahaja…aku mohon 19,kembalilah(jika kau merasa cinta benar-benar bermakna untuk kamu)…
8/14/2008 10:33:23 PM

No comments: